Bab ini membincangkan
mengenai pembolehubah (variables) secara umum dan bagaimana ia boleh
digunakan dalam Authorware. Berbezaan di antara seorang pengguna baru dengan
seorang yang mahir dalam Authorware ialah tahap kefahaman mereka tentang
variables dan functions serta cara-cara menggunakannya. Kefahaman
tentang cara-cara pengaturcaraan sudah pasti akan dapat membantu seseorang
pengguna memahami tentang variables dan functions. Walaubagaimana
pun, saya akan terangkan penggunaannya secara asas dan berharap dapat membantu
anda untuk memahami dan menggunakannya nanti.
Variables
dalam Authorware dianggap penting kerena beberapa sebab:
-
Ia membolehkan
anda menyelaraskan aplikasi yang dibangunkan
-
Ia membolehkan
anda menyimpan maklumat dan kemudiannya menggunakannya apabila diperlukan
-
Ia membolehkan
anda memantau perkembangan sesaorang pengguna
-
Ia membolehkan
anda memeriksa sistem aplikasi anda
Variables
diberikan nama sedemikian rupa kerana nilainya boleh diubah. Walau pun
kebanyakkan variables disimpan secara automatik dalam Authorware, anda
boleh dan digalakkan mencipta variables anda sendiri. Untuk menjadi
seorang pembangun yang mahir dalam Authorware, anda perlulah mampu menghasilkan
dan menggunakannya secara meluas. |