Tutorial 
Sound/Volume control
 
Anda boleh membenarkan pengguna perisian anda memperlahankan atau memperkuatkan nilai sesuatu bunyi di dalam perisian anda. Terdapat beberapa UCD yang mampu melakukannya tetapi saya dapati jika digunakan pada beberapa komputer yang berbeza konfigurasinya, ia akan menmbulkan masalah. Jalan terbaik bagi saya ialah menggunakan arahan JumpOutReturn untuk memanggil fail SndVol32.exe dalam Windows. 

Beberapa orang rakan ada mengatakan bahawa cara ini juga bermasalah kerana jika pengguna klik butang arahan tersebut beberapa kali, Windows Volume Control akan dipaparkan di Task Bar mengikut jumlah klik. Untuk mengatasi masalah ini, saya dapati penggunaan UCD Winapi.32 adalah jalan terbaik. Masukkan kod berikut ke dalam calculation icon anda setelah menggunakan function Winapi tersebut.
 

calcWinHandle := FindWindow("volume control", "volume control")
  if calcWinHandle <> 0 then
        ShowWindow(calcWinHandle, 1)
    BringWindowToTop(calcWinHandle)
  else
    JumpOutReturn("Sndvol32.exe", "")
  end if
  • Masalah beberapa paparan volume control di task bar dapat diatasi.
  • Penggunaan UCD Winapi.32.
  • Perisian anda akan kelihatan lebih profesional.
Pindah terima fail contoh