Make your own free website on Tripod.com
 
Functions & Variables 
 
Bab ini membincangkan mengenai pembolehubah (variables) secara umum dan bagaimana ia boleh digunakan dalam Authorware. Berbezaan di antara seorang pengguna baru dengan seorang yang mahir dalam Authorware ialah tahap kefahaman mereka tentang variables dan functions serta cara-cara menggunakannya. Kefahaman tentang cara-cara pengaturcaraan sudah pasti akan dapat membantu seseorang pengguna memahami tentang variables dan functions. Walaubagaimana pun, saya akan terangkan penggunaannya secara asas dan berharap dapat membantu anda untuk memahami dan menggunakannya nanti. 

Variables dalam Authorware dianggap penting kerena beberapa sebab: 

  • Ia membolehkan anda menyelaraskan aplikasi yang dibangunkan
  • Ia membolehkan anda menyimpan maklumat dan kemudiannya menggunakannya apabila diperlukan
  • Ia membolehkan anda memantau perkembangan sesaorang pengguna
  • Ia membolehkan anda memeriksa sistem aplikasi anda
Variables diberikan nama sedemikian rupa kerana nilainya boleh diubah. Walau pun kebanyakkan variables disimpan secara automatik dalam Authorware, anda boleh dan digalakkan mencipta variables anda sendiri. Untuk menjadi seorang pembangun yang mahir dalam Authorware, anda perlulah mampu menghasilkan dan menggunakannya secara meluas.